Tuesday, December 20, 2011

ProJect final...

drawing
- buah apple

visual
- scupture
nie dlm proses...

islamic calligraphy
- pantun tulisan jawi
- warna arabesque

photography
- pic lighting
- n byk2 lg nk shot pic...huh...modelnye??

creative thinking
- board games
- journal

Monday, December 19, 2011

sesak nafas...

ble tgk roomate sesak nafas...
tringat kat arwah abg time die sesak nafas dlu...

Wednesday, December 14, 2011

1 Semesta di UitM.....


1 semesta di Uitm...
1 pengalaman yang t'pernah disangkakan...
akan menjejakkan kaki ke sini...
rse amat btuah....

mengingatkan kenangan lalu yg mmg payah nk diterima masuk dlm Uitm nie...
mmg skrg nie rse amat bermakna...

peluang yg xslalunye dpt...
xbole nk sia2kannye...ssuka ati....

sedar xsdar...
kenangan disini sudah dekat 1 sem dicoretkan....
byk jugak yg diterima...
byk pengalaman bru...
cm xcaye je..dh dekat nk abis 1sem...

insyaallah....aq usaha dgn gigih...
tuk 1 tujuan 1 harapan.......

:)

Friday, December 9, 2011

Layout Poster??


What type of layout suitable for LG Mobile Phone Poster?
Which one most you like and attract attention from your view?

The main layout formats :

Tuesday, November 29, 2011

pencari JalanMU


telah banyak yang ku lewati
jalan hitam di dunia
tak terhitung salah menodai

masihkah ada kesempatan
bagiku mendekatkan
hati dan cinta kasihMu

ku ingin bersihkan diriku
dari segala dosa
yang tlah ku perbuah hingga kini

ku ingin bersihkan jiwaku
terangilah dengan segala
petunjuk jalanMu

bersihkan, terangi, hidupku

tiada yang ada selainMu
yang selalu menjagaku
meski kadang tinggalkanMu

aku hanyalah manusia
yang mencari jalanMu
yang pasti kembali padaMu


Thursday, November 3, 2011

Kasih Abang



pernah merasainya...
pernah laluinya...
pernah membesar dengannya...
pernah bermain dengannya...
pernah berjalan dengannya...
pernah bercakap dengannya...
pernah mengadu dengannya...
pernah meminta tolong dengannya...
pernah ketawa dengannya....
pernah ada dengannya....
tapi sedih pernah kehilangannya hampir 2tahun........:(

katanya...
ketawanya...
gelaknya....
wajahnya...
senyumnya...
marahnya....
pengubat rindu....:)

mendoakannya moga bahagia & ditempatkan dikalangan yang beriman...
amin......

Thursday, October 13, 2011

1 WORD

lonely


cheerfulness


colourful


disappearance


memories


~Just One word~
by niskeyrun

Friday, September 9, 2011

kembali menjadi pelajar di UiTM

ari pendaftaran..
memulakan aq melangkah memasuki UiTM...
inilah suatu keputusan yg kdg kala sukar utk dlakukan..
akhirnye...
ini lah pilihan aq...
melanjutkan pelajaran di bidang diminati

"Bachelor of Art Design (Hons) Graphic Design"

semoga aq akan berjaye...
menjadi insan yg berguna dan berjaya..

amin....

end..

niskeyrun

Monday, August 29, 2011

Saat2 last berpose...


sedar xsedar dh cukup sebulan kte bpose...
ari nie ari last kte umat islam berpose...
sok dh rye...

emm...
taun nie taun ke2 beraye tnpa abang...
sedey n air mata ttp ade..
tp aq ttp redha ngn pemergiannya...
YA ALLAH..
kuatkanlah aq tuk trus menjalankan hidup...
aq amat merindui abang...
terlalu rindukan abang...:'(

abang moga abang aman n tenang di sana...amin...~

Wednesday, August 3, 2011

Suatu Pagi......

Dipagi hari
seperti biase aq bersiap-siap untuk membuka kedai....
bersolek dan mgemaskan diri utk tampil kemas...bukan utk melawa...:)
apabila sudah menyiapkan diri, aq mgambil beg dan memakai kasut
sebaik saja melangkah ke luar...
semasa aq ingin membuka pagar...
tiba-tiba...
aq menjerit....

''Makkkkk..!!!
Peahhh.......''

2 je aq mampu katakan.....
xtau pe yg perlu aq katakan....

peah telah dilanggar lari....
putih ditepi jalan hanya mmpu melihat kawannye yg tidak bernyawa lagi....
kesian putih dah xde kawan....

Sunday, July 31, 2011

Ziarahi Pusara Arwah Abang Tersayang



batu nisan sahaja dapat dilihat...

ini lah pusara Muhamad Syahrul Asyifaq Shahlan

adik-adik yg merindui abgnye...

Mak yg tidak putus mendoakan anaknye
ditempatkan dikalangan yg beriman dan soleh......

mereka semua mengasihi dan menyayangi DIA

aq juga rindukan abang.....:(


31 Julai 2011 bersamaan 29 syaaban 1432H
seketika waktu yg diberikan....
ziarahi abang tersayang tidak pernah lupa....

mendoakan rohnya disana
aman dan damai...
walaupun perit tuk ditelan...
tetapi akur dengan ketentuan Allah S.W.T..

sesuatu yg tidak diduga...
yang tidak pernah dibayangkan...
takdir dan ketentuan yang haruslah diredhai...

Al-Fathiah
buat Abang tersayang
Muhamad Syahrul Asyifaq Shahlan

sudah kedua kali ramadhan
kita tidak dapat berbuka bersama...
apa kan daya...
itulah kehendakNya...




Friday, July 8, 2011

Layan MyBlog..!!



semakin arie semakin seronak melayan

My Blog

xtau la nape..
tp mmg best..
mcm ley dpt
n kte blaja..
dr xtau pe2..
slongkar2
punye slongkar
sume kte dpt tau kan...
mmg terbaekk la..
hehehe...

Tuesday, July 5, 2011

Di kala senja

Di kala senja
begitu indah pemandangan.

photographer : susie nancy
model : izyan yan & nis keyrun
editing : nis keyrun
model kamera : D60 nikon

ISNIN = MONDAY


Hari Isnin

= Monday dalam Bahasa Inggeris

= Merupakan hari ke-2 dalam seminggu

= terletak antara Ahad dan Selasa.

= Perkataan Isnin itu berasal dari Bahasa Arab, yang bermakna dua, iaitu hari kedua dalam seminggu.

= Namun begitu, di sesetengah tempat di Eropah, Isnin dianggap sebagai hari yang pertama.


* Walau bagaimanapun, semua orang bersetuju bahawa hari Isnin adalah hari pertama bekerja.
* Jadi, sesetengah orang mungkin mengalami rasa MALAS atau "sakit" pada hari ini.
(kenyataan pe yg aq ckp kn, bkn aq sngaje nk wt,org yg xphm..die je btl kn..terima la hakikat..)

LUMRAH HIDUP TIDAK BOLEH DINAFIKAN

p/s : Garfield, seekor kucing kartun yang POPULARR, BENCIKAN hari Isnin.

Penganut agama Kristian biasanya menyambut perayaan Paskah (Easter) selama dua hari, iaitu pada hari Ahad dan Isnin (Easter Monday).

Thursday, June 30, 2011

ulang tahun kelahiranku di hari israq mikraj


apakah peristiwa semasa israq mikraj..?
jom kte bace bsame2...


PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.



Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.§

Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).§

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).§

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.§

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.§

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.§

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.§

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.§

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.§

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.§

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.§

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.§

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.§

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.i.

Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.ii.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.


iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.


v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


vi.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu vii. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain,. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).dan SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR


Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


viii.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.ix.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: x.

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.:Allah S.W.T

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)



Kesimpulannya Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1).

HAPPY BIRTHDAY TO ME..!!




i'm so epy 2day...
hehehe...
cz my besday 2day...
hehehehe...

tq 4 wish my besday...:))
tq very2 much 2....

yg xsaba nk wish...
lg 8minit kul 12.00 dah wish...hey...ini la susie nancy...

yg kol tepat pd masa n saat nye...
mmg tetap kul 12.00..my darling...hehehe...IDRIS OSMAN gelaran diberi..hehe...
tq dear...muahhh..^___^

kpd yg msg saya...ayni omakku(hehe),k.yum akak yg tersayang....,yana..tq sgt2...krn rmember...
hehehe

mak,abah,adik2..elis n ejat....sayang korg sume....

n x lupe gak kpd teman2 yg wish kt fb saye Nis KeyRun e2....hehehe...
tq 4 everything....

smpena ari kelahiran saya ini saya bterima kasih kpd mak dan abah yg mlahirkan saya di dunia ini...n mjga sy shingga sy dewasa n mdapat kperluan scukupnye...trime ksh yg x thingga anis ucapkan mak abah...smoga kbahagia akan kembali n menjadi milik kite smula tuk family kite...
mak abah anis sayang mak abah....luv u so much mak abah....:))

p/s : abang..wlaupun abg jauh disana,abang msti ingat besday anis kn....xpe....anis xksh abg xdpt bsame kami lg...anis doakn kbahagiaan aabg disana...moga abg ditempatkan dengan org2 beriman...al-fathiah..amin... anis sayang abang sangat2....anis ade abang kandung sorg nie je....
adik2 akak, elis n ejat...kte tetap ade abg kn...n kte jgn lupe doakn abg kt sne....


tenqiu-tenqiu sbb ucapan anda semua....


secebis coretan di pagi2 yg hening ini....


terima kasih ya Allah kerana masih memberi ku nafas n memberi ku ruang tuk mnikmati kehidupan ini lagi......

Tuesday, June 21, 2011

KuBahagiaBersamanye...:)




















7/7/06-kite baru kenal & kite terus Couple...
xde istilah kwn antara kite....
kite kenal hubungan kite adalah 'Cinta'...
kadang sukar untuk dipercayai
sebab bukan mudah untuk menerima org yg kite tak kenal sebagai sebahagian dr diri kite...

pelbagai kerenah...
pelbagai ragam...
pelbagai dugaan
cubaan
onak
duri...
& macam2 lagi
yg kite lalui slame kite mgenali...

sehinggakan rse hubungan ini tputus ditengah jalan...
mmg sedey ketika kite tidak bsua...
ketika kite bergaduh...
ketika kite berpisah...
ketika kite berjauhan...
memang begitu perit...
jalinan cinta yang skian lme tputus begitu sahaja...

kini,
cinta itu....
alhamdullilah...
syukur kepada Allah SWT...
kerana aq merasakan begitu gembira....
cinta itu masih boleh terjalin...

dan kini,
kubahagia bersamanya...
insyaallah...
kite akan kekal slamenye...

bee,
syg akan pastikan
kite bahagia
tidak terpisah
akan usaha tuk mencapai hajat kite bersama....
insyaallah....
doakan kebahagiaknku ini....
amin....

I LOVE YOU
my hubby